Friday, 25 January 2013

Cintailah Rasulullah s.a.w.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Mawaddah

Apa khabar saudara mahupun saudari yang dikasihi sekalian? Moga sihat walafiat semuanya. InsyaAllah. Kalau kurang sihat, tidak mengapa. Itu adalah salah satu tanda Allah sayang kepada anda kerana melalui sakit itu akan dapat menghapuskan dosa-dosa lampau. InsyaAllah. Syafakallah/Syafakillah.

Anda kenal Datuk Seri Najib? Kalau kenal, Alhamdulillah. Kalau kurang kenal, rasa-rasa macam kenal,atau apa-apa lah yang jawapan anda selain daripada kenal, maknanya anda belum kenal lah tu. So, apa tunggu lagi, search je la di internet. Tak susah right? Kalau dah tahu, share la dengan rakan-rakan yang kurang kenal & yang rasa-rasa macam kenal tu. Bagaimana pula dengan Datuk Siti Nurhaliza? Aaron Aziz, Amy Search atau Awie? Anda kenal mereka ini? Saya sure 100% anda pasti kenal. Muhammad Bin Abdullah? Siapakah gerangannya? Jiran sebelah rumah anda kah Muhammad Bin Abdullah itu? Siapa pun bagi anda Muhammad itu, sebenarnya itulah Rasulullah s.a.w., kekasih Allah s.w.t. juga semesta.

Malangnya, pada hari ini, ramai yang tidak mengetahui nama sebenar baginda s.a.w. lebih-lebih lagi dalam kalangan muda-mudi generasi kini. Ramai yang mengakui mencintai Rasulullah. Namun sejauh manakah pengakuan itu jika riwayat hidup baginda pun tidak ingin dipelajari apatah lagi mengamalkan sunnah baginda s.a.w..Saya teringat dengan satu lirik lagu yang pernah dinyanyikan seorang ustaz ketika menyaksikan ceramah ustaz berkenaan.

Pada zaman dahulu kala,
Pada zaman jahiliah,
Lahirlah seorang rasul,
Yang terakhir dan mulia.

Muhammad namanya,
Siti Aminah ibunya,
Abdullah nama ayahnya,
Madinah tempat tinggalnya.

Setelah dewasa,
Diangkat menjadi rasul,
Oleh Allah Yang Kuasa,
Pencipta alam semesta.


Melalui lirik ini, serba sedikit diceritakan siapa Muhammad Bin Abdullah itu. Nah!!! Bagaimana sekarang? Anda rasa anda dah kenal Muhammad Bin Abdullah? Alhamdulillah kalau macam tu. Kalau dah kenal sikit-sikit tu, ok la. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

Kata orang tak kenal maka tak cinta. Jadi, saya ingin pinjam mata,mulut,akal,otak & yang penting sekali hati anda. Kita jelajahi siapa Muhammad Bin Abdullah ni agar timbulnya rasa cinta yang melebihi segalanya kepada baginda s.a.w.. InsyaAllah. 

Rasulullah s.a.w. sangat mencintai kita. Baginda s.a.w. sangat rindu untuk bertemu umatnya di syurga, terutama umat akhir zaman yang tidak pernah berjumpa dengan baginda s.a.w.. Video yang saya kongsikan ini moga dapat meningkatkan sedikit sebanyak kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w..









Justeru itu, janganlah kita hanya berlebih-lebihan ketika menyambut Maulidurrasul tetapi tidak punya rasa cinta kepada baginda s.a.w.. 

InsyaAllah, entry akan datang kita kongsikan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. agar kita dapat buktikan kecintaan kita kepada baginda s.a.w. melalui perbuatan. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t. dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. Selawat dan salam kepada baginda s.a.w.. Allahumma solli Ala Saidina Muhammad wa Ala Ali Saidina Muhammad.

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya." (Surah al-Ahzab : 56)