Friday, 11 October 2013

apa itu KAWAN????







uhibbukum fillah.... =)


1)kawan tu BUKAN mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..

2)kawan tu BUKAN mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..

3)kawan tu BUKAN mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4)kawan tu BUKANnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..

5)kawan tu BUKANnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6)kawan tu BUKAN mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7)kawan tu BUKAN mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8)kawan tu BUKAN mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..

9)kawan tu BUKAN mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

10)lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA.. bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis. 
Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.
Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya..  



Saturday, 8 June 2013

Novel Sejarah Islam



Salam semua… Entry kali ni saya ingin kongsikan novel-novel sejarah Islam yang perlu anda dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda…………ehehehehe………(macam iklan la pula) :-)
By the way, seriously saya memang ingin kongsi novel-novel yang saya rasa terBaikkkkkkk dijadikan bahan bacaan anda lebih-lebih lagi untuk mereka yang suka Sejarah.


Antaranya :
Jengjengjeng…………………………………………….
 Edisi jimat, senang dibawa, cute, harganya mampu milik

Lagi ???????
 



  

Ha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Banyak daripada novel ni juga adalah hasil daripada penulis novel sejarah no. 1 di Malaysia, Abdul Latip Talib.
Abdul Latip Talib

Actually, banyak lagi novel-novel sejarah Islam di pasaran hasil tulisan daripada penulis-penulis tanah air seperti Aminah (Zahiruddin Zabidi), Pahlawan-pahlawan Mamluk (Mu'min Jarni) *novel ni pun best* Perang Arab-Israel 1973 (Zaini Rejab) *novel ni pula saya belum miliki lagi..InsyaAllah, kalau ada bajet* & banyak lagi lah.
 
Koleksi sendiri.
Maw pinjam ??? Boleh saja. Majalah Solusi Isu 30 hingga yang latest punya pun ada (hasil pemberiaan & pembelian). 

Jom semarakkan budaya Iqra'. Bangsa membaca, bangsa berjaya. (copy daripada iklan)...hohohoho...

INI KALI LAH KITA JADI ULAT BUKU!!!

OK semua... Hingga berjumpa lagi...
*shut down lappy*
*packing maw balik asrama*
;-)
p/s : entry ni tiada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada parti politik, masyarakat, yang hidup @ yang telah meninggal dunia. Hak cipta daripada tuan punya blog ini. Semoga bermafaat. =) Uhibbukum fillah....

Tuesday, 4 June 2013

Rasulullah s.a.w. Ingatkan Umat Jangan Tiru Budaya Asing




ISLAM adalah ajaran yang lengkap dan menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan manusia. Islam memiliki panduan hidup yang ditetapkan Allah bagi menjamin kesejahteraan hidup umatnya di dunia dan kebahagiaan sejati di akhirat.

Oleh itu, tidak ada sebab umat Islam perlu meniru atau mengambil mana-mana budaya asing, selain Islam. Ajaran Islam lengkap, sempurna dan diyakini dalam serba-serbinya.

Amat malang akhir-akhir ini, generasi muda begitu mudah terpengaruh dan menerima bulat-bulat unsur budaya asing. Mereka sebenarnya tidak memerlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan Islam.

Contohnya, ramai muda mudi yang menyambut kedatangan hari memperingati kekasih pada 14 Februari.
Gambar Hiasan
Rasulullah SAW pernah memberi amaran keras kepada umatnya berkenaan gejala mengikut, meniru atau melakukan budaya asing melalui sabda Baginda bermaksud: "Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia turut termasuk bersama golongan itu." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Jelas daripada maksud hadis Rasulullah SAW bahawa umat Islam dilarang sama sekali meniru budaya asing yang ternyata bercanggah dengan akidah dan syariat Islam, apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.

Oleh itu, mengapa perlu kita mengamalkannya, sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu. Bukannya menetapkan pada hari tertentu atau berkala seperti Hari Valentine.

Kasih pada ibu bapa, cinta pada isteri dan sayang pada anak pada hakikatnya terus berlangsung sepanjang hayat dikandung badan.

Begitu juga kasih sayang sesama umat Islam dan manusia sejagat sewajibnya utuh dan erat sepanjang masa. Bahkan, jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara sesama Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudah pun jatuh haram.

Amalan atau budaya Islam terbukti jauh lebih baik daripada budaya asing.
Islam turut menggalakkan umatnya kasih mengasihi sesama mereka dengan mengamalkan budaya menyebarkan salam, saling bertukar hadiah, ziarah-menziarahi. 
Kita juga dianjurkan berkongsi perasaan suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa mala petaka.

Rasulullah SAW kerap menziarahi orang sakit dan tidak ketinggalan pernah mengunjungi orang yang meninggal dunia biarpun berlainan kaum mahupun agama. Malah, perbezaan agama, kaum atau keturunan tidak akan menyebabkan permusuhan dan pertelagahan antara kaum.

Sebaliknya, mereka saling bantu membantu, bekerjasama dan berganding bahu untuk membangunkan Madinah ketika itu. Perbezaan akidah atau agama bukanlah satu penghalang besar ke arah mewujudkan hubungan kemanusiaan yang lebih harmoni dan akrab.

Dalam erti kata lain, berkasih sayang menurut perspektif Islam amat luas dan ia tidak hanya terhad kepada golongan tertentu. Ia meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh umat manusia.

Gambar Hiasan


- Bicara Agama Berita Harian - iman_solehin




Friday, 29 March 2013

Di Mana Cantik Wanita ?


Seindah Mawar Berduri....


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assolatuwassalam, selawat dan Assalamu'alaikum buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.

Assalamu'alaikum Sejahtera buat wanita-wanita idaman semua muslimin, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati diri kalian.

Entry pada kali ini ingin saya kongsikan ilmu yang saya terima daripada seorang rakan yang amat dikasihi. Biarlah Allah saja yang membalas kebaikannya. Syukran Jazilan wa Barakallahufik. Moga dengan ilmu yang dikongsi ini akan dapat 'mencantikkan' lagi diri kita yang sememangnya unik dicipta oleh Allah s.w.t..

Saya sendiri tertarik dengan tajuknya iaitu “ Di Mana Cantik Wanita”. Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."
-Janji Allah itu pasti-
Wahai Muslimah !!!
>Sesungguhnya Allah itu Cantik & suka kepada Kecantikan<

p/s : InsyaAllah, sama-sama kita praktikkan tips-tips ini dalam kehidupan. Saya sendiri sedang mencuba mengamalkannya. Moga Allah swt membuka hati kita untuk mencetuskan perubahan.... Akhir kalam , ketahuilah...............

“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH!!”
Sekian........

Wassalamm.........................

Saturday, 23 March 2013

Demi Masa!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

والعصر۝إن الإنسٰن لفى خسر۝إلا الذين ءامنوا وعملوا
الصٰلحٰت وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر۝

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugiaan. Kecuali orang yang beriman & mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran & saling menasihati untuk kesabaran”




Hye everybody. Macam mana cuti? Best kan? Ewm,,, mesti banyak aktiviti yang kalian plan maw buat kan? Mau buat ni la, itu la, sampai masa seminggu cuti ni pun rasa x cukup. Apa2 pun yang kalian buat, jangan sampai terlalai dan terleka tau. Plan baik2 supaya masa cuti ni x terbuang dengan sia2.

الوقت كالسيف إن لم تقطعه قطعك
“Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya pasti ia akan memotong kamu”


Macam saya sendiri, cuti2 ni saya plan maw habiskan semua buku yang x sempat dihabiskan tyme p'sekolahan. Maw khatamkan buku2 yg telah dibeli dgn Baucer Buku. Ehehehe. Al-Quran x pula maw dikhatamkan kan? Masya-Allah. (muhasabah diri jap)


القراءة مفتاح العلم


Anyway, buat rakan2 yg lain, jaga diri cuti2 ni. Kalau pergi beach, bawa lifebuoy. Mereka yg balik kg pula (kirim salam ato' nenek & sanak-saudara), hati2 di jln raya. Pandu dgn berhemat, ingatlah org yg t'syng, biar lambat asal selamat, & yg paling penting, jangan lupa bawa ole2. Hohoho.
Gunakan masa cuti ni dgn sebaiknya tau. Adik2 yg akan ambil SPM, cuti, cuti juga, tapi study jangan tinggal. Sama la juga dgn adik2 PMR. Buat rakan2 seperjuangan STPM ka, Matriks ka, Asasi ka, Diploma ka, & apa2 lagi yg x disebut tu, next sem menanti kita. Lastly, buat abang2 & kakak2 super senior, gud luck in ur life.








أحبكم في الله