Saturday, 8 June 2013

Novel Sejarah Islam



Salam semua… Entry kali ni saya ingin kongsikan novel-novel sejarah Islam yang perlu anda dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda…………ehehehehe………(macam iklan la pula) :-)
By the way, seriously saya memang ingin kongsi novel-novel yang saya rasa terBaikkkkkkk dijadikan bahan bacaan anda lebih-lebih lagi untuk mereka yang suka Sejarah.


Antaranya :
Jengjengjeng…………………………………………….
 Edisi jimat, senang dibawa, cute, harganya mampu milik

Lagi ???????
 



  

Ha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Banyak daripada novel ni juga adalah hasil daripada penulis novel sejarah no. 1 di Malaysia, Abdul Latip Talib.
Abdul Latip Talib

Actually, banyak lagi novel-novel sejarah Islam di pasaran hasil tulisan daripada penulis-penulis tanah air seperti Aminah (Zahiruddin Zabidi), Pahlawan-pahlawan Mamluk (Mu'min Jarni) *novel ni pun best* Perang Arab-Israel 1973 (Zaini Rejab) *novel ni pula saya belum miliki lagi..InsyaAllah, kalau ada bajet* & banyak lagi lah.
 
Koleksi sendiri.
Maw pinjam ??? Boleh saja. Majalah Solusi Isu 30 hingga yang latest punya pun ada (hasil pemberiaan & pembelian). 

Jom semarakkan budaya Iqra'. Bangsa membaca, bangsa berjaya. (copy daripada iklan)...hohohoho...

INI KALI LAH KITA JADI ULAT BUKU!!!

OK semua... Hingga berjumpa lagi...
*shut down lappy*
*packing maw balik asrama*
;-)
p/s : entry ni tiada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada parti politik, masyarakat, yang hidup @ yang telah meninggal dunia. Hak cipta daripada tuan punya blog ini. Semoga bermafaat. =) Uhibbukum fillah....

Tuesday, 4 June 2013

Rasulullah s.a.w. Ingatkan Umat Jangan Tiru Budaya Asing




ISLAM adalah ajaran yang lengkap dan menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan manusia. Islam memiliki panduan hidup yang ditetapkan Allah bagi menjamin kesejahteraan hidup umatnya di dunia dan kebahagiaan sejati di akhirat.

Oleh itu, tidak ada sebab umat Islam perlu meniru atau mengambil mana-mana budaya asing, selain Islam. Ajaran Islam lengkap, sempurna dan diyakini dalam serba-serbinya.

Amat malang akhir-akhir ini, generasi muda begitu mudah terpengaruh dan menerima bulat-bulat unsur budaya asing. Mereka sebenarnya tidak memerlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan Islam.

Contohnya, ramai muda mudi yang menyambut kedatangan hari memperingati kekasih pada 14 Februari.
Gambar Hiasan
Rasulullah SAW pernah memberi amaran keras kepada umatnya berkenaan gejala mengikut, meniru atau melakukan budaya asing melalui sabda Baginda bermaksud: "Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia turut termasuk bersama golongan itu." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Jelas daripada maksud hadis Rasulullah SAW bahawa umat Islam dilarang sama sekali meniru budaya asing yang ternyata bercanggah dengan akidah dan syariat Islam, apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.

Oleh itu, mengapa perlu kita mengamalkannya, sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu. Bukannya menetapkan pada hari tertentu atau berkala seperti Hari Valentine.

Kasih pada ibu bapa, cinta pada isteri dan sayang pada anak pada hakikatnya terus berlangsung sepanjang hayat dikandung badan.

Begitu juga kasih sayang sesama umat Islam dan manusia sejagat sewajibnya utuh dan erat sepanjang masa. Bahkan, jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara sesama Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudah pun jatuh haram.

Amalan atau budaya Islam terbukti jauh lebih baik daripada budaya asing.
Islam turut menggalakkan umatnya kasih mengasihi sesama mereka dengan mengamalkan budaya menyebarkan salam, saling bertukar hadiah, ziarah-menziarahi. 
Kita juga dianjurkan berkongsi perasaan suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa mala petaka.

Rasulullah SAW kerap menziarahi orang sakit dan tidak ketinggalan pernah mengunjungi orang yang meninggal dunia biarpun berlainan kaum mahupun agama. Malah, perbezaan agama, kaum atau keturunan tidak akan menyebabkan permusuhan dan pertelagahan antara kaum.

Sebaliknya, mereka saling bantu membantu, bekerjasama dan berganding bahu untuk membangunkan Madinah ketika itu. Perbezaan akidah atau agama bukanlah satu penghalang besar ke arah mewujudkan hubungan kemanusiaan yang lebih harmoni dan akrab.

Dalam erti kata lain, berkasih sayang menurut perspektif Islam amat luas dan ia tidak hanya terhad kepada golongan tertentu. Ia meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh umat manusia.

Gambar Hiasan


- Bicara Agama Berita Harian - iman_solehin