DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera & Salam Perkenalan.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala nikmat kurniaan-Nya yang tidak terkira. Syukur, Syukur, & Syukur. Memandangkan saya baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia blog, belum ada entry yang boleh dikongsi. Saya hanya sekadar menebarkan salam ukhwah & ingin berta'aruf sebagai permulaannya. Saya hanya insan yang lemah yang masih mengorak langkah untuk menuju DESTINASI yang hakiki. Harapan saya, semoga input yang akan saya kongsi dapat memberi output yang berguna kepada saya terutamanya, & amnya kepada pembaca yang lain. Moga usaha yang kecil ini akan dapat memuhasabahkan diri ke arah yang lebih baik. InsyaAllah. Saya juga mengalu-alukan bimbingan, teguran, didikan, cadangan & apa-apa sahaja daripada kalian yang dapat dikongsi bersama untuk kebaikan semua.
Tiada keindahan malam,
Tanpa bulan & bintang,
Tiada ertinya persahabatan,
Tanpa kau & aku.
SALAM UKHWAH =)
jublina jasmin

No comments:
Post a Comment